WELCOME... :) sElaMaT dATAnG...:)

Wednesday, 26 October 2011

sambungan kisah kita..

akhirnya... masa yg ditunggu2 pun tiba.. aku dan kawan2 aku fara, didi dan riana pun pergi ke gombak untuk menaiki bas ke genting highlands yg dijadualkan bertolak pada jam 9 pagi. kami tiba di stesen bas lebih kurang 1 jam awal dan membuat keputusan untuk bersarapan di sana. masa tgh syok2 bersarapan nasi lemak dan mihun goreng tu la abg macho dan kawan2 nya datang..yela nak naik bas bersama2 ngan kitorang kan?? hehehe... masa beratur menaiki bas, brader tu tegur kitorang tp aku tak amik port sangat la coz brader tu kan riana yg punya.. haha..tetiba je didi yg diam tu ckp ngan aku, dia menyampah amat pada salah sorang brader yg kawan ngan brader riana nie. muka ensem tapi sombong sangat. org senyum kat dia, bleh dia jeling2 kat orang. wah, ini sangat menarik. aku pun usha la tuan empunya badan tu. masa aku usha dia, ntah camana dia pandang ke arah aku dan senyum. alamak, dia tahu lak aku tgh tgk dia. masa tu aku setuju ngan didi yg brader tu memang ensem tapi aku tak setuju ngan sifat yg dikatakan sombong tue. yela dia dulu senyum kat aku..kat mana sombongnya? haissss

dalam perjalanan ke genting tu aku banyak diam dan tidur sbb takut pening.. tp kawan2 aku sgt teruja dan bising sepanjang masa..huhu.. sampai2 kat sana, kitorang turun dari bas dan kesejukan puncak genting mula mencucuk diriku.. aduh aku memang kalah ngan suhu yg rendah ni.. sabar2.. aku mesti kuat.. beberapa jam je nak duk sini.. huhu..then sedang kami berkira2 nak berjalan kemana dulu, brader dan rakan2nya datang hulurkan salam perkenalan.. oh, rupanya nama brader riana tu zack, kawan nya yg ensem tu zul dan lagi sorang yg kurus tu namanya zam... kami terus menjadi kawan dan buat keputusan nak jalan bersama.. hehe gatai sungguh!! takpela... hari nie je.. haha

sepanjang kami bermain2 kat theme park, zul sangat pendiam dan langsung tak bersuara. kenapa ye? hurm.. tak kisahla..dia bukan merugikan sape2 pun kan..hehe... 

waktu makan tgh hari, kami bertujuh buat keputusan untuk makan KFC je sbb itu je yg murah kat sana..huhu.. then, kat KFC tu, aku ditugaskan untuk jaga seat dan barang2..manakala yg lain2 pergi membelikan makanan.. tiba2 si zul datang dan cakap nak teman aku.. wahh ada mulut rupanya budak nie.. haha... aku on je la..hehe.. erm.. masa tu memang masing2 diam.. tp aku mana leh tahan duk diam tanpa bercakap kan? so, aku pun tegur la zul.. then sembang pasal diri masing2. lama gak sembang dan akhirnya kami bertukar2 no fon..wah, aku sgt teruja.sbbnya, masa tu aku dah mula suka kat zul.hehe...lupa pulak yg diriku sudah berpunya masa tue.. haha... 

nak dijadikan cerita, lepas makan tu kami gi main indoor theme park pulak. riana nak main roller coaster dan tetiba je zack nak duduk sebelah dia.. huhuhu... dia pun macam gembira je nak duk ngan zack.. aduh.. didi cepat2 amik tempat kat sebelah fara.. erm.. aku pun duduk la sorang.. tapi zul menawarkan diri untuk duduk sebelah aku memandangkan zam dah duduk ngan orang lain..hehe masa naik roller coaster tu aku diam dan sangat la sopan. takde jerit2 pun..control ayu kan? hahaha... dalam hati dah berbunga2.. hik3..

lepas main roller coaster kat indoor theme park, kami keluar nak main kat luar plak..huhu best sangt2 sepanjang masa kat sana.. aku berpeluang main roller coaster bersama ngan zul beberapa kali dan bergambar dengan dorang.. takyah cakap la brapa banyak gambar yg diambil..hehehe...


yg paling aku tak dapat lupakan, masa kat dinasour land, zul ajak aku bergambar berdua ngan dia.. hebat2!! itu kali pertama kami bergambar bersama.. dan kali kedua masa tgk wayang 4D.. kebetulan aku duk sebelah zul.. hehe.. 

masa nak balik dari genting, zul misscall aku menggunakan no maxis dia lak.. hurm.manisnya saat tu bila ingat balik..ehehe dan sepanjang masa dalam bas kami berbalas SMS sampai la kami selamat sampai ke KL.. tapi ada satu masa tu dia tiba2 tak reply mesej aku, aku susah hati sgt2.. rupanya kredit habis.. hahaha..

sejak hari kami balik dari genting setiap hari kami berSMS dan dia rajin pulak call aku malam2.. huhu semua benda nak diceritakan.. gayut sampai habis kredit.. huhu lumrahla orang baru berkenalan kan? hehe. masa tu lak, aku tgh ada krisis ngan kekasih lamaku yg dah mula ada orang lain.. tp aku tak kisah sebab aku ada zul.. walaupun aku tak tahu apa sebenarnya anggapan zul kat aku, aku dah tekad nak break off dengan pakwe aku si zafri.. aku dah lama fikirkan perkara ni tapi tak berani nak teruskan sebab takut aku yg sedih lebih2..tapi dengan kehadiran zul, aku tak rasa yg aku akan berasa sedih.. mungkinkah zul akan ganti tempat zafri dalam hati aku? aku betul2 tak pasti dengan itu..

__to be continued__

Tuesday, 25 October 2011

...kiSah KiTA....

assalamualaikum wbt...malam ni aku nak cite sket tentang seseorang yg buat aku "fall in love" hik3... aku ada tiga org kawan baik. kami berempat sgt la rapat sejak aku mula belajar di kolej.. kolej mana? rahsia... hahaha....ok dipendekkan cerita, kami berempat ni sgt la suka cipta moment2 yg indah bersama... nak dijadikan cerita, suatu hari salah sorang dari kawan baik aku tu ajak kitorang keluar jalan2 hiburkan hati coz masa tu tgh tension ngan assgment yg sgt banyak... huhu.. salah sorang dari kami decide nak g genting dan entah macamana semua org tetiba aje setuju... huhu dan aku sebagai org yg dah penah pegi, ajak la mereka pergi beli tiket kat stesen LRT Gombak.. kat situ memang ada jual tiket pakej yg murah.. harganya masa kami beli cuma RM42.00 utk all park, bas dan cable car sekali... memang la kami tegedik2 nak pegi kan..huhu...

kisahnya bermula kat LRT tu la.. masa tu aku n kawan2 tengah beratur tunggu akak yg jual tiket tu masuk kaunter. masa tu dia gi toilet jap... hehe tetiba ada la sorang brader tu dtg n beratur blakang kitorang.. tunggu punya tunggu, sikit punya lama.. kawan aku namanya riana. dia ni peramah lebih dan tertegur pulak brader tu..huhu... dalam dok sembang2 sambil ngutuk kakak yg lambat bukak kaunter tu, si riana tetiba lak ter suka kat brader yg macho tue... hahaha lawak ko riana... then oleh kerana riana sgt cun dan abg macho tu plak nak kenal rapat ngan riana, dia leh plak order tiket ngan akak kaunter pakej sama ngan ape yg kitorang amik.hahaha.... nasib la badan... then..nak balik tu abg tu sempat pesan yg dia dan kawan2 dia nak join sekali ngan kitorang masa kat genting nanti... huhu.... kawan aku si riana tu punya la happy coz dia dapat peluang nak berkenalan ngan abg macho tu.. huhu.... tapi sape kawan2 abg macho tu? aku tak perasan plak muka diorang masa tu.. alahai... tggu jela nanti... hik3....to be continued....:)

...seJaRah TerCiPTa...

hari ni 25 oktober 2011.. dengan rasminya aku mempunyai sebuah blog..hehehe... kenapa aku bina blog ni??? sebab... err... adala.... hehehe... 

dengan terciptanya sejarah baru dalam diari hidup aku nie, aku akan memuatkan semua pengetahuan dan pengalaman yang baru aku tempuhi ke dalam blog nie yg aku anggap sebagai e-diary...hehe... bukan ape... dah lama aku teringin nak share something yg aku ada dengan orang lain kat luar sana.. tapi tak berkesempatan.. ye la.. rutin harian aku sebagai student sentiasa membataskan aktiviti sosial ku di laman sesawang ni.. almaklumlah..aku kan agak skema sket...haha yeke??? :P 

ok la... kepada semua yg bakal dan sudah menemui blog nie, aku ucapkan Selamat Datang dan selamat berkongsi segala ilmu dan pengalaman :)